BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 20, 2009

Aktiviti 9 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

Tajuk Kajian : "Penggunaan Powerpoint dan Tayangan Video kepada Pelajar Masalah Pembelajaran bagi Memudahkan Pelajar Mengenalpasti Alatan Pertukangan"

a) Matlamat kajian tindakan

Memberi pengetahuan asas kepada pelajar pendidikan khas dalam bidang pertukangan (Kemahiran Hidup).

b) Bentuk objektif kajian

  1. Pelajar boleh menamakan alatan pertukangan dengan mudah dan betul.
  2. Pelajar boleh menyebut semula alat pertukangan apabila ditunjukkan.
  3. Pelajar boleh menunjukkan semula cara penggunaan alatan dengan betul.

c) Persoalan Kajian

  1. Adakah perlaksanaan penggunaan powerpoint dan tayangan video dapat membantu pelajar mengenalpasti alatan pertukangan?
  2. Adakah penggunaan powerpoint dan tayangan video dapat menarik minat pelajar untuk menumpukan perhatian terhadap P&P?
  3. Adakah penggunaan powerpoint dan tayangan video dapat meningkatkan pemahaman pelajar?

Aktiviti 8 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

Tajuk Kajian : "Penggunaan Powerpoint dan Tayangan Video kepada Pelajar Masalah Pembelajaran bagi Memudahkan Pelajar Mengenalpasti Alatan Pertukangan"

Cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan:

a) Cadangan secara individu (5 minit)

  • Muhamad - Meningkatkan teknik dalam kaedah P&P sehingga ke suatu tahap yang berkualiti dan profesional.
  • Zulfaizal - Memastikan penggunaan teknik dan kaedah yang digunakan bukan hanya di sekolah bandar malah mestilah ditekankan di sekolah luar bandar (pedalaman).
  • Shuhada - Penerangan oleh guru mestilah seiring dengan demonstrasi yang dilakukan.
b) Cadangan dalam pasukan (15 minit )
  1. Mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran yang digunakan, di mana guru sentiasa membuat pembaharuan dalam P&P.
  2. Menerapkan nilai-nilai murni dalam subjek tersebut di samping menyelitkan unsur-unsur pengajaran dan humor.
  3. Penerangan dalam P&P mestilah ringkas dan mencapai objektif.

c) Cadangan dari luar pasukan ( perlu temubual rakan-rakan dalam pasukan lain)
  1. Penggunaan bahan maujud lebih diutamakan untuk memudahkan pelajar mengenalpasti perlatan yang dipelajari. Ini kerana pelajar akan lebih memahami apabila melihat sendiri peralatan tersebut.

d) Berdasar literatur review
  1. Powerpoint dan video mestilah dirancang secara berstruktur dan mengikut peraturan persembahan. Kunci kejayaan bagi sesuatu pengajaran berdasarkan struktur yang jelas dan secara umumnya tidak melebihi 5 isi pengajaran (Jones, A. M. 2003. The use and abuse of PowerPoint in Teaching and Learning in the Life Sciences: A Personal Overview).
  2. Tahu matlamat P&P mengikut tahap yang diajar serta kandungan yang hendak dimuatkan mestilah bersesuaian mengikut tahap tersebut (Jones, A. M. 2003. The use and abuse of PowerPoint in Teaching and Learning in the Life Sciences: A Personal Overview).

Aktiviti 7 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

Tajuk Kajian : "Penggunaan Powerpoint dan Tayangan Video kepada Pelajar Masalah Pembelajaran bagi Memudahkan Pelajar Mengenalpasti Alatan Pertukangan"

KELEMAHAN pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan:

a) Pengalaman / refleksi secara individu (5 minit)

  • Muhamad - Pelajar mudah hilang fokus (yang tidak berminat) apabila guru memberi penerangan tanpa menunjukkan demonstrasi kepada mereka.
  • Zulfaizal - Guru sendiri tidak mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran.
  • Shuhada - Memerlukan kekreatifan guru yang tinggi dan pelbagai untuk menarik minat pelajar.
b) Pengalaman / refleksi dalam pasukan (15 minit )
  1. Tidak semua pelajar dapat menumpukan perhatian 100% pada P&P yang dijalankan.
  2. Guru akan mencari jalan mudah untuk mendapatkan hasilan pengajaran subjek ini.
  3. Pelajar akan cepat bosan jika kaedah pengajarannya sama.

c) Berdasar literature review penggunaan Powerpoint dan tayangan video mempunyai beberapa kelemahan (Jones, A. M. 2003. The use and abuse of Powerpoint in Teaching and Learning in the Life Sciences : A Personal Overview) seperti :
  1. Kegagalan peralatan : Kegagalan komponen dalam sistem untuk berfungsi seperti yang dijangkakan. Kegagalan mentol dalam projektor berfungsi amat jarang berlaku tetapi mungkin akan terjadi.
  2. Fail tidak dapat dipersembahkan disebabkan oleh kerosakkan magnetik atau fizikal.
  3. Kurangnya latihan yang bersesuaian dalam program dan teknologi.

Aktiviti 6 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

Tajuk Kajian : "Penggunaan Powerpoint dan Tayangan Video kepada Pelajar Masalah Pembelajaran bagi Memudahkan Pelajar Mengenalpasti Alatan Pertukangan"


Kekuatan pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan:

a) Pengalaman / refleksi secara individu (5 minit)
  • Muhamad - Dapat memberi pengetahuan dan pengalaman yang berkesan kepada pelajar.
  • Zulfaizal - Pelbagai pendedahan yang menarik dapat ditunjukkan oleh guru kepada pelajar.
  • Shuhada - Subjek ini memerlukan demonstrasi daripada guru dan ini akan dapat menarik minat pelajar supaya menumpukan perhatian terhadap P&P. Oleh itu, pelajar tidak mudah bosan dengan P&P yang dijalankan.

b) Pengalaman / refleksi dalam pasukan (15 minit )
  • Subjek yang mudah untuk diberi penerangan dan maklumat kepada pelajar.
  • Subjek yang dapat mencungkil bakat dan kreativiti pelajar untuk mencipta/menghasilkan sesuatu barangan yang baru.
  • Subjek yang memerlukan pelajar mempunyai rasa tanggungjawab terhadap kerja yang mereka lakukan.
c) Pengalaman dari luar pasukan ( perlu temubual rakan-rakan dalam pasukan lain)
  • Guru dapat menerangkan sesuatu aktiviti dengan melakukan demonstrasi.
  • Mudah menarik minat pelajar.
  • Aktiviti yang dilakukan melalui subjek ini memberikan peluang kepada pelajar untuk melakukannya sendiri tanpa bantuan guru atau memerlukan bantuan guru.

d) Berdasar literatur review – buku dan jurnal (bincang dalam pasukan)

  • Penggunaan powerpoint di dalam pengajaran mempunyai potensi untuk menggalakkan pengajaran yang lebih profesional (Jones, A. M. 2003. The use and abuse of PowerPoint in Teaching and Learning in the Life Sciences: A Personal Overview).
  • Penggunaan powerpoint yang bersesuaian boleh meningkatkan P&P kepada guru dan pelajar (Jones, A. M. 2003. The use and abuse of PowerPoint in Teaching and Learning in the Life Sciences: A Personal Overview).
  • Penggunaan tayangan video memberikan peluang untuk pembelajaran yang aktif, di mana ia merupakan kunci kepada kejayaan sesuatu kerja serta pelajar menjadi lebih kreatif, kolaboratif dan dapat menghubungkaitkan konsep subjek yang dipelajari dengan pengetahuan lepas, pengalaman dan minat (Glegg, P., McDonald, A. & Unwin, A., 2007. Using digital video in business education).



Friday, November 13, 2009

Aktiviti 5 : Tugasan 1 (Buku) & Tugasan 4 (Mini Kajian Tindakan)

1. Mengapa guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan:

  • untuk menambahkan pengetahuan dan mengembangkan pengetahuan yang sedia ada berdasarkan penyelidikan.
  • untuk mengenalpasti masalah atau isu yang timbul di samping dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud dalam sesuatu masalah.
  • untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman profesionalisme sebagai seorang pendidik.
  • untuk meningkatkan hasil produk yang bermutu dan melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang di sekolah.
  • untuk membuat sesuatu yang kreatif & kritis dalam proses P&P di dalam kelas.
  • untuk memperbaiki teknik pengajaran yang boleh menarik minat pelajar-pelajar.
2. Tajuk "Penggunaan Powerpoint dan Tayangan Video kepada Pelajar Masalah Pembelajaran bagi Memudahkan Pelajar Mengenalpasti Alatan Pertukangan" dipilih kerana:
  • untuk mempertingkatkan kefahaman pelajar dalam mengenali alatan pertukangan.
  • untuk memberi kefahaman yang meluas tentang penggunaan alatan.
  • untuk mendedahkan aspek-aspek keselamatan semasa melakukan tugasan dalam bengkel.
  • untuk menerangkan ciri-ciri kebersihan diri, alatan dan bengkel.
  • sebagai panduan (teori) sebelum melakukan tugasan secara praktikal di dalam bengkel.



Aktiviti 4 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

Cadangan mini kajian tindakan kumpulan kami ialah :

"Penggunaan Powerpoint dan Tayangan Video kepada Pelajar Masalah Pembelajaran bagi Memudahkan Pelajar Mengenalpasti Alatan Pertukangan"

Siapakah peserta kajian?
Pelajar-pelajar masalah pembelajaran

Setting kajian
Kelas Pelajar Masalah Pembelajaran

Saturday, November 7, 2009

Aktiviti 3 : Tugasan 3 - Kolokium

Kajian 1:

Meningkatkan Penguasaan Dan Minat Pelajar Dalam Jawi

Melalui Kaedah ‘Congak Jawi'.

Pengkaji :
Khuzaimah bt Mohd Daud (P48682) dan Siti Khairiyah bt Sejo (P48715)

Permasalahan kajian :
Dalam kajian ini, masalah yang dihadapi oleh pelajar ialah, mereka gagal untuk menjawikan perkataan rumi yang diberikan dalam ujian bulanan. Selain itu, mereka juga tidak boleh membaca buku teks Pendidikan Islam dengan baik apabila diminta oleh guru. Masalah yang paling ketara ialah mereka tidak menunjukkan minat terhadap perkataan jawi.

Hasil dapatan :
Daripada kajian ini, pengkaji mendapati teknik ini telah membantu dan menarik minat terhadap tulisan jawi. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan penguasaan pelajar dalam penulisan dan pembacaan perkataan jawi.

Oleh itu, kajian yang dijalankan bersesuaian dengan kajian tindakan di mana penggunaan Model Kurt Lewis yang melibatkan proses perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.


Kajian 2 :

Meningkatkan Kemahiran Mengingat Pelajar Dalam Bab Ibadah Subjek Pendidikan Islam Melalui Teknik Pantun.

Pengkaji :
Nazirah binti Alias dan Nurul Hidayah binti Md Yatin

Permasalahan kajian :
Dalam kajian ini, masalah yang dihadapi oleh pelajar ialah mereka sukar untuk mengingat fakta penting yang telah diajar di dalam sesuatu bahagian. Oleh yang demikian, pengkaji telah melakukan suatu pendekatan baru iaitu teknik pantun bagi meningkatkan kemahiran pelajar.

Hasil Dapatan :
Daripada kajian yang telah dijalankan, pengkaji mendapati, teknik ini dapat menarik minat pelajar terhadap subjek Pendidikan Islam. Di samping itu juga, ia dapat membantu pelajar untuk mengingat fakta-fakta penting yang telah diajar oleh guru.

Di dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan Kaedah Gelung Kajian yang mana melibatkan proses refleksi, perancangan, tindakan, dan pemerhatian. Di samping itu, teknik penggunaan pantun merupakan satu pembaharuan di dalam kaedah mengajar Pendidikan Islam kerana selama ini mata pelajaran tersebut diajar dalam keadaan formal dan membosankan. Tetapi terdapat sedikit kelemahan dalam kajian ini di mana pengkaji hanya mengambil pelajar yang mendapat markah tinggi dalam ujian yang diberikan untuk menjawab soal selidik yang dikemukakan oleh pengkaji.

Aktiviti 2 : Tugasan 2 - Jurnal

Jurnal 1 : Zulfaizal

Tajuk : Graduate Teacher Education and Change : Insights from a First-Grade Teacher's Experience
Penulis : Cathleen Doheny (2002)


  • Kajian tindakan ini dilakukan untuk mengetahui masalah yang membawa perubahan dalam latihan mengajar menerusi pendidikan guru graduan.
  • Kaedah yang digunakan ialah pemerhatian terhadap bengkel penulisan yang dibuat oleh Lara Parker (guru yang dikaji) ke atas 26 orang pelajar serta temubual.
  • Guru yang dikaji menggunakan lima kriteria dalam bengkel penulisan tersebut iaitu hak milik, sokongan, ketabahan, intergrasi dan tindak balas pengajaran.
  • Daripada kajian yang dijalankan kriteria yang diutarakan oleh Lara berjaya dalam mengubah pengajaran.
Jurnal 2: Shuhada

Tajuk : Action Research in the Secondary Science Classroom : Student Response to Differentiated, Alternative Assessment.
Penulis : Waters, F. H., Smeaton, P. S. & Burns, T. G. (2004)


  • Kajian tindakan ini dilakukan untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap pembezaan model penaksiran alternatif di dalam kelas sains menegah atas.
  • Pembezaan penaksiran alternatif didefinisikan melalui kajian ini sebagai penaksiran alternatif hibrid dan pembezaan arahan.
  • Kaedah yang digunakan ialah kaedah kaji selidik yang mengandungi 24 soalan berdasarkan lima skala iaitu daripada sangat bersetuju kepada sangat tidak setuju.
  • Hasil kajian menunjukkan majoriti daripada pelajar lebih mengutamakan pembezaan model penaksiran alternatif berbanding penaksiran tradisional.

Jurnal 3 : Muhamad

Tajuk : Science Teacher's Attemps at Integrating Feminist Pedagogy through Collaborative Action Research.
Penulis : Capobianco, B.M. (2007)


  • Kajian tindakan ini dilakukan bagi menentukan pengalaman percubaan 3 orang guru sains untuk mengubah latihan mereka melalui menjalankan kajian tindakan ke atas pengajaran sains yang feminis.
  • Data yang diperolehi menerusi temubual, perbincangan antara kumpulan, pemerhatian bilik darjah dan melihat dokumen sokongan. Analisis data bersifat inkuiri naratif.

Jurnal 4 : Zulfaizal

Tajuk:
Action Research on Cognitive Rescaling Guest columnist: Stacy Mortensen

Penulis:
Dave Edyburn (2002)

Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk menentukan dan melihat kesan pengskalaan semula teks digital yang terdapat dalam kajian dan proses menulis seorang murid yang dikenalpasti masalah pembelajarannya yang mana mempunyai kaitan dengan gangguan emosi, belajar di sekolah yang mempunyai persekitaran yang serba lengkap, di dalam sekolah di bandar.

Tempat kajian ini merupakan sebuah sekolah alternatif yang menyediakan pelajar sekolah tinggi dan pertengahan di dalam daerah bandar yang besar.

Kajian ini direkabentuk sebagai kajian tindakan yang dijalankan oleh guru. Hasil diukur berdasarkan penggunaan rumusan automatik yang terdapat dalam perisian Microsoft Word dan keupayaan untuk pengskalaan semula kognitif dan maklumat disusun dikaji menggunakan Internet untuk menghasilkan buku rujukan di dalam ekosistem yang khusus. Hasil kajian ini diterangkan dalam 2 bentuk untuk memahami kesan strategi pengskalaan kognitif terhadap pencapaian pelajar iaitu tingkahlaku pelajar dan sikap mereka terhadap pembelajaran.


Jurnal 5 : Zulfaizal

Tajuk:
Minute Math: An Action Research Study of Student Self-Assessment*

Penulis:
Brookhart, S. M., Andolina, M. & Zuza, Megan (2004)

Kajian tindakan ini melibatkan 41 orang pelajar kelas gred 3 termasuk pendidikan khas yang dijalankan oleh dua penyelia universiti, tiga orang guru dan tiga orang guru pelatih. Kajian ini melibatkan pelajar dalam meramalkan dan menggrafkan skor ujian mereka dalam masa satu minggu ujian terhadap 0-9 fakta ulangan. Pelajar juga direflek setiap minggu terhadap progres mereka dan kejayaan pembelajaran dan strategi penyelesian masalah. Penaksiran diri pelajar berjaya pada pembelajaran tugasan mengingat jadual waktu dalam pengalaman untuk pelajar tentang pemantauan pembelajaran matematik mereka.

Hasil kajian ini menyediakan data untuk mencadangkan keputusan yang konsisten untuk seorang pelajar di mana alatan teknologi, rumusan automatik dibuktikan menjadi bernilai kepada pelajar yang menderita dengan ketidakupayaan.


Jurnal 6 : Shuhada

Tajuk:
An Action Research Exploration Integrating Student Choice and Atrs Activities in a Sixth Grade Social Studies Classroom (2008)

Penulis:
Kosky, C. & Curtis, R.

Kajian tindakan yang dilakukan oleh penulis:

Kajian tindakan ini mengkaji bagaimana seni (ARTS) dalam pendidikan pembelajaran sosial boleh meningkatkan motivasi dan penglibatan pelajar dan kesan terhadap pencapaian pelajar menerusi peningkatan motivasi dan penglibatan. Rancangan pengajaran awal menumpukan kepada kepelbagaian kebijaksanaan sementara aktiviti seni (ARTS) dan diubahsuai berdasarkan nota refleksi guru dan tindakbalas pelajar. Walaupun tidak diduga, kami menemui bahawa dengan memberi pilihan kepada pelajar dalam apa jua aktiviti untuk dilengkapkan mempunyai kesan terbaik terhadap motivasi dan penglibatan mereka. Kebanyakan gred pembelajaran sosial meningkat dalam tindakbalas terhadap integrasi aktiviti seni (ARTS) dan pilihan pelajar.


Jurnal 7 : Shuhada

Tajuk:
Qualitative Assessment Across Language Barriers: An Action Research Study (2009)

Penulis:
Cronje, J. C.

Kajian tindakan yang dilakukan oleh penulis:

Kajian ini mengkaji tiga penkasiran artefak digital di mana penaksir berusaha untuk memahami berbanding daripada kadar pelajar dan pencapaian mereka. Tiga pendekatan berbeza telah dilaksanakan. Pendekatan pertama ialah berdasarkan rubrik. Pendekatan kedua ialah pentafsiran dalam kumpulan dan penaksiran rakan sebaya. Pendekatan terakhir secara keseluruhannya berdasarkan persembahan pelajar sendiri terhadap bahan video yang mereka lakukan. Sumber data tersebut artifak yang dihasilkan oleh pelajar, penaksiran rubrik dan skor penaksiran. Hasil menunjukkan bahawa penaksiran kualitatif dengan kriteria antara penaksir, 12 orang pelajar dan rakan yang 2 tahun lebih tua daripada mereka, dibenarkan untuk penerangan terhadap penilaian pengalaman yang ditambah untuk perkembangan pelajar. Kajian selanjutnya memerlukan kaedah penaksiran audit yang piawai berbanding kaedah penaksiran piawai.




Aktiviti 1 : Tugasan 1 Buku

Tajuk Buku : Teaching as Learning : An Action Research ( McNiff, J., 1993)

Kajian tindakan merupakan satu strategi kajian yang dilakukan di suatu tempat yang spesifik, di mana ianya berdasarkan kaedah tindakan-refleksi untuk menyelesaikan sesuatu situasi atau masalah yang berlaku. Kaedah ini merupakan satu pengenalpastian sesuatu masalah dan penyelesaian masalah tersebut menerusi proses pemerhatian, perancangan, tindakan, refleksi dan modifikasi.

Tajuk Buku : Studying your own school : An Educator's Guide to Practitioner Action Research (Noffke, S. E., 2007)

Kajian tindakan merupakan satu siri kitaran yang berterusan di mana melibatkan tindakan merancang, bertindak, memerhatikan kesan dan refleksi terhadap satu permasalahan dan ianya dilakukan oleh pengkaji dengan menggunakan suatu kawasan/tempat yang spesifik (kelas, institusi, sekolah) untuk mengkaji tentang sesuatu permasalahan yang berlaku dalam kawasan/tempat yang dikaji.

Tajuk Buku : Action Research : Teachers as Researchers in The Classroom (Mertler, C. A., 2008)

Kajian tindakan telah mula menarik minat para guru, pentadbir dan pembuat dasar di dalam negara. Kajian ini merupakan kajian yang sistematik yang dikawal oleh para guru, pentadbir, kaunselor atau lain-lain dengan menarik minat seseorang dalam proses pengajaran dan pemahaman atau persekitaran untuk mencari jalan mendapatkan maklumat tentang bagaimana perjalanan utama persekolahan, bagaimana mereka mengajar dan bagaimana pelajar mereka faham (Mills, 2007).

Hasil Perbincangan Kumpulan kami mengenai maksud Kajian Tindakan ialah:

Satu siri kitaran kajian yang berterusan, di mana ianya dilakukan untuk mendapatkan maklumat tentang bagaimana penambahbaikan atau meningkatkan sesuatu permasalahan atau isu yang timbul pada situasi tertentu di dalam semua bidang pada suatu kawasan/tempat tertentu. (Muhamad , Shuhada & Zulfaizal, 2009).

Tugasan Kelas : Konsep dan Model Kajian Tindakan

Kajian Tindakan :

  • Kajian tindakan ialah proses reflektif penyelesaian masalah yang progesif dan dipimpin oleh seorang individu yang bekerjasama dengan orang lain dalam satu kumpulan untuk meningkatkan cara penyelesaian masalah. (Wikipedia)
  • Menurut Kurt Lewin (1946), kajian tindakan ialah kajian yang komparatif mengikut syarat-syarat tertentu dan kesan daripada pelbagai bentuk tindakan sosial dan kajian yang mendahului tindakan sosial yang menggunakan kitaran langkah-langkah seperti perancangan, tindakan dan penemuan bukti tentang hasil tindakan.
  • Reason & Bradbury (2001) pula menyatakan kajian tindakan sebagai proses interaktif inkuiri yang menyeimbangkan perlaksanaan tindakan penyelesaian masalah dalam konteks kolaboratif dengan analisis data kolaboratif atau kajian untuk memahami sebab yang mendasari ramalan akan datang tentang perubahan peribadi dan organisasi.
  • Kajian tindakan dalam pendidikan ialah kajian yang dijalankan oleh satu kumpulan individu dalam persekitaran sekolah yang sama untuk meningkatkan pengajaran. (Carl Glickman 1992)
Tujuan Kajian Tindakan :
  • Untuk membantu pendidik mengawal situasi profesional mereka.
  • Untuk meningkatkan perkembangan pendidik melalui memelihara keupayaan mereka sebagai pencipta pengetahuan daripada pengguna pengetahuan.
  • Untuk mengumpul bukti di mana menjadikan maklumat daripada pertimbangan dan keputusan intuitif.
  • Untuk membangunkan latihan pendidik dengan menganalisis latihan yang sedia ada dan mengenalpasti unsur-unsur untuk perubahan

Kajian Tindakan Diperlukan :

  • Untuk membentuk kefahaman yang lebih mendalam dalam latihan kelas sebagai asas perubahan.
  • Dilakukan oleh guru untuk mengkaji kelemahan dalam pengajaran mereka, seterusnya meningkatkannya.
  • Untuk pendidik lebih memahami aspek pengajaran yang lebih menarik.
  • Sebagai alternatif kepada guru untuk menolong pelajar meningkatkan kualiti pembelajaran mereka.

Ciri-ciri Kajian Tindakan :

  • Kitaran (cyclic) - Langkah-langkah yang sama serta berulang-ulang.
  • Penyertaan (participative) - Peserta mestilah aktif dalam proses kajian.
  • Kualitatif (Qualitative) - Perbincangan lebih tertumpu kepada bahasa daripada nombor. Mereka boleh membangunkan kefahaman yang cukup untuk menjadi ko-penyelidik dalam pelbagai situasi.
  • Reflektif (reflective) - Reflektif kritikal pada setipa proses dan hasil adalah bahagian yang penting dalam setiap kitaran.
  1. Reka Bentuk Kajian Tindakan :Reka Bentuk Kajian Tindakan oleh Elliott (1993)
  • Pemahaman masalah dan perancangan dilakukan untuk melakukan strategi intervensi. (Reconnaissance & Rancangan umum)
  • Kemudiannya intervensi dilakukan. (Tindakan dalam Kajian Tindakan)
  • Semasa intervensi dilakukan, pemerhatian di lakukan dalam pelbagai bentuk. (Pemerhatian)
  • Strategi intervensi yang baru dikeluarkan dan proses kitaran berulang sehingga kefahaman mengenai masalah tercapai. (Refleksi dan Revisi)



















2. Reka Bentuk Kajian Tindakan oleh Kemmis & McTaggart (1988)

  • 4 langkah dalam kajian tindakan berdasarkan gelungan :

- Mereflek

- Merancang

- Bertindak

- Memerhati



Tugasan Kelas : Konsep dan Model Kajian Tindakan


Tugasan 2 : Ulasan Jurnal

Jurnal 1

Tajuk:
Action Research in the Secondary Science Classroom: Student Response to Differentiated, Alternative Assessment (American Secondary Education 32 (3)) (2004)

Penulis:
Waters, F. H., Smeaton, P. S. & Burns, T. G.

Kajian tindakan yang dilakukan oleh penulis:

Kajian ini dijalankan adalah untuk berkongsi kajian tindakan dalam kelas yang mengkaji persepsi pelajar terhadap model pembezaan penaksiran alternatif dalam kelas sains kedua. Hasil daripada kajian ini menunjukkan majoriti daripada pelajar lebih menggemari model pembezaan penaksiran alternatif berbanding penaksiran tradisional. Unsur-unsur pilihan, peningkatan pembelajaran dan pengalaman berterusan merupakan faktor yang bermakna mengikut pilihan pelajar.


Jurnal 2

Tajuk:
An Action Research Exploration Integrating Student Choice and Atrs Activities in a Sixth Grade Social Studies Classroom (2008)

Penulis:
Kosky, C. & Curtis, R.

Kajian tindakan yang dilakukan oleh penulis:

Kajian tindakan ini mengkaji bagaimana seni (ARTS) dalam pendidikan pembelajaran sosial boleh meningkatkan motivasi dan penglibatan pelajar dan kesan terhadap pencapaian pelajar menerusi peningkatan motivasi dan penglibatan. Rancangan pengajaran awal menumpukan kepada kepelbagaian kebijaksanaan sementara aktiviti seni (ARTS) dan diubahsuai berdasarkan nota refleksi guru dan tindakbalas pelajar. Walaupun tidak diduga, kami menemui bahawa dengan memberi pilihan kepada pelajar dalam apa jua aktiviti untuk dilengkapkan mempunyai kesan terbaik terhadap motivasi dan penglibatan mereka. Kebanyakan gred pembelajaran sosial meningkat dalam tindakbalas terhadap integrasi aktiviti seni (ARTS) dan pilihan pelajar.

Jurnal 3

Tajuk:
Qualitative Assessment Across Language Barriers: An Action Research Study (2009)

Penulis:
Cronje, J. C.

Kajian tindakan yang dilakukan oleh penulis:

Kajian ini mengkaji tiga penkasiran artefak digital di mana penaksir berusaha untuk memahami berbanding daripada kadar pelajar dan pencapaian mereka. Tiga pendekatan berbeza telah dilaksanakan. Pendekatan pertama ialah berdasarkan rubrik. Pendekatan kedua ialah pentafsiran dalam kumpulan dan penaksiran rakan sebaya. Pendekatan terakhir secara keseluruhannya berdasarkan persembahan pelajar sendiri terhadap bahan video yang mereka lakukan. Sumber data tersebut artifak yang dihasilkan oleh pelajar, penaksiran rubrik dan skor penaksiran. Hasil menunjukkan bahawa penaksiran kualitatif dengan kriteria antara penaksir, 12 orang pelajar dan rakan yang 2 tahun lebih tua daripada mereka, dibenarkan untuk penerangan terhadap penilaian pengalaman yang ditambah untuk perkembangan pelajar. Kajian selanjutnya memerlukan kaedah penaksiran audit yang piawai berbanding kaedah penaksiran piawai.