BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 17, 2009

Aktiviti 11 : Tugasan 2 - Jurnal

Jurnal 1

Tajuk : Action Research in the Secondary Science Classroom : Student Response to Differentiated, Alternative Assessment.
Penulis : Waters, F. H., Smeaton, P. S. & Burns, T. G. (2004)

•Kajian tindakan ini dilakukan untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap pembezaan, model penaksiran alternatif di dalam kelas sains menegah atas.
•Pembezaan, penaksiran alternatif didefinisikan melalui kajian ini sebagai penaksiran alternatif hibrid dan pembezaan arahan. Ianya menggabungkan penaksiran bukan tradisional seperti projek, pembentangan dan persembahan dengan unsur-unsur pilihan, pelbagai dan pembezaan arahan inidividu.
•Kaedah yang digunakan ialah kaedah kaji selidik yang mengandungi 24 soalan berdasarkan lima skala iaitu daripada sangat bersetuju kepada sangat tidak setuju.
•Hasil kajian menunjukkan majoriti daripada pelajar lebih mengutamakan model penaksiran alternatif, pembezaan berbanding penaksiran tradisional. Pemilihan unsur-unsur, meningkatkan pembelajaran dan pengalaman lanjutan merupakan faktor-faktor yang bermakna dalam keutamaan pelajar.

Jurnal 2

Tajuk:
An Action Research Exploration Integrating Student Choice and Atrs Activities in a Sixth Grade Social Studies Classroom (2008)

Penulis:
Kosky, C. & Curtis, R.

Kajian tindakan yang dilakukan oleh penulis:

Kajian tindakan ini mengkaji bagaimana seni (ARTS) dalam pendidikan pembelajaran sosial boleh meningkatkan motivasi dan penglibatan pelajar dan kesan terhadap pencapaian pelajar menerusi peningkatan motivasi dan penglibatan. Rancangan pengajaran awal menumpukan kepada kepelbagaian kebijaksanaan sementara aktiviti seni (ARTS) dan diubahsuai berdasarkan nota refleksi guru dan tindakbalas pelajar. Walaupun tidak diduga, kami menemui bahawa dengan memberi pilihan kepada pelajar dalam apa jua aktiviti untuk dilengkapkan mempunyai kesan terbaik terhadap motivasi dan penglibatan mereka. Kebanyakan gred pembelajaran sosial meningkat dalam tindakbalas terhadap integrasi aktiviti seni (ARTS) dan pilihan pelajar.


Jurnal 3

Tajuk:
Qualitative Assessment Across Language Barriers: An Action Research Study (2009)

Penulis:
Cronje, J. C.

Kajian tindakan yang dilakukan oleh penulis:

Kajian ini mengkaji tiga penkasiran artefak digital di mana penaksir berusaha untuk memahami berbanding daripada kadar pelajar dan pencapaian mereka. Tiga pendekatan berbeza telah dilaksanakan. Pendekatan pertama ialah berdasarkan rubrik. Pendekatan kedua ialah pentafsiran dalam kumpulan dan penaksiran rakan sebaya. Pendekatan terakhir secara keseluruhannya berdasarkan persembahan pelajar sendiri terhadap bahan video yang mereka lakukan. Sumber data tersebut artifak yang dihasilkan oleh pelajar, penaksiran rubrik dan skor penaksiran. Hasil menunjukkan bahawa penaksiran kualitatif dengan kriteria antara penaksir, 12 orang pelajar dan rakan yang 2 tahun lebih tua daripada mereka, dibenarkan untuk penerangan terhadap penilaian pengalaman yang ditambah untuk perkembangan pelajar. Kajian selanjutnya memerlukan kaedah penaksiran audit yang piawai berbanding kaedah penaksiran piawai.

Wednesday, December 9, 2009

Aktiviti 13 : Tugasan 4 - Mini Kajian Tindakan

Definisi Kerangka Operasional Kajian

  • Menjelaskan perkataan tertentu dalam kajian yang meragukan pemahaman bukannya mendefinisikan tajuk kajian.
  • Cara untuk mendefinisikan ialah dengan memilih perkataan dan berikan definisi mengikut fahaman penyelidik bukannya berdasarkan kamus.
Definisi Kerangka Konseptual
  • Dalam kerangka konseptual, hal utama yang perlu dititikberatkan adalah hubungan suatu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain, terutamanya pembolehubah yang penting.
  • Kerangka konseptual dilakukan dengan mengemukakan bagaimana hubungan pembolehubah tidak bersandar dan pembolehubah bersandar. Hubungan ini mestilah mempunyai sokongan secara ilmiah seperti dari sumber-sumber rujukan ilmiah.
  • Cara yang paling mudah ialah dengan mengambil kesimpulan daripada kajian orang lain yang relevan dengan pembolehubah yang dikaji.
Definisi Teoritikal Kajian
  • Kerangka teoritikal menentukan persoalan kajian yang hendak dilakukan. Ia menjadi panduan bagi menentukan orientasi penyelidikan yang akan dilakukan. Ia juga mengenal pasti apa yang menjadi minat pengkaji, soalan-soalan yang berlegar-legar di mindanya dan yang menjadi teka-teki.
  • Satu kaedah untuk menentukan kerangka pemikiran ialah melalui tinjauan literasi dengan pembacaan yang berkait rapat dengan tajuk yang sedang dikaji. Tajuk jurnal, kata kunci dan maklumat-maklumat lain yang didapati sepanjang pencarian berkenaan, penyelidik akan berjumpa dengan konsep, model dan teori yang berbagai-bagai jenis. Yang boleh dibuat ialah memberi pengkelasan terhadap hasil dapatan tersebut untuk menjadi kunci utama kepada kerangka teoritikal nanti.
Kepentingan Kerangka Teoritikal
  • Kerangka teoritikal membentuk konsep, terma, definisi, model dan teori yang menjadi asas dan orientasi disiplin bagi kajian yang hendak dilaksanakan. Seterusnya akan membentuk "masalah" bagi kajian, soalan kajian, pengumpulan data dan analisis serta bagaimana hendak mentafsir data.
  • Penyelidik harus bijak memilih kerangka teoritikal kerana ia akan menjadi panduan dalam proses penyelidikan bagi mengenal pasti terma yang relevan dengan konsep, definisi pemboleh ubah, soalan-soalan khusus yang hendak diselidik, memilih responden kajian, prosedur pemilihan, strategi pengumpulan data, teknik menganalisis dan interpretasi hasil dapatan kajian.
  • Perkara yang harus diberi perhatian ialah semua aspek kajian akan mendapat kesan daripada kerangka teoritikal yang telah dibentuk tadi. Ciri-ciri kerangka teoritikal yang baik meliputi:
i. Membantu penyelidik mengenalpasti topik yang hendak dikaji.
ii. Panduan mencari kajian-kajian lepas.
iii. Memilih aspek yang difokus.
iv. Merapatkan jurang antara meklumat yang diketahui dan tidak diketahui.
v. Memberi panduan kepada pengkaji memilih responden yang sesuai.

Definisi Operasional

Definisi operasional yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti berikut:

i. Powerpoint
Dalam kajian ini, powerpoint merujuk kepada alat bantu mengajar yang digunakan semasa proses P&P bagi menarik minat pelajar untuk mempelajari tentang alatan pertukangan. Teknologi yang digunakan ini memaparkan gambar-gambar statik dan arahan kepada pelajar tentang penggunaan alatan pertukangan.

ii. Tayangan video
Penggunaan tayangan video dalam kajian ini merupakan teknologi yang digunakan dalam P&P untuk memberikan gambaran yang sebenar kepada pelajar mengenai penggunaan alatan pertukangan. Melalui tayangan video ini guru tidak perlu melakukan demonstrasi secara realiti. Tayangan video ini boleh diulang tayang kepada pelajar sekiranya pelajar tidak faham apa yang ditayangkan oleh guru.

iii. Pelajar masalah pembelajaran
Pelajar bermasalah pembelajaran dalam kajian ini merupakan golongan pelajar yang mengalami kekurangupayaan yang menyebabkan mereka menghadapi kesukaran dalam proses pembelajaran mereka sama ada berbetuk akademik mahupun bukan akademik. Pelajar ini terdiri daripada pelajar down sindrom, autisma, hiperaktif, serebral palsy, disleksia dan lain-lain. Mereka menghadapi masalah dalam kemahiran pengurusan diri, manipulatif, kognitif, kelemahan dari aspek sosial dan komunikasi.

iv. Alatan pertukangan
Alatan pertukangan yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah alat-alat yang digunakan untuk kerja-kerja pertukangan. Antara alat-alat yang dimaksudkan ialah tukul, gergaji, paku, pahat, pita pengukur dan sebagainya. Pembelajaran alatan pertukangan ini merupakan salah satu pelajaran yang terdapat dalam mata pelajaran kemahiran hidup.

Kerangka Konseptual Kajian


Kerangka konseptual kajian ini dibentuk berdasarkan Teori Keadaan Pembelajaran oleh R. Gagne (1985). Teori ini menyatakan terdapat pelbagai jenis pembezaan atau tahap pembelajaran di mana pada setiap tahap mempunyai arahan yang berbeza. Gagne mengenalpasti 5 kategori pembelajaran iaitu maklumat verbal, kemahiran intelektual, strategi kognitif, kemahiran motor dan sikap. Perbezaan keadaan dalaman dan luaran diperlukan untuk setiap jenis pembelajaran. Kerangka konseptual kajian ini terdiri daripada 3 pembolehubah iaitu tingkahlaku, tahap kognitif dan pencapaian. Kajian-kajian lepas telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan di antara tingkahlaku dan pencapaian (Abu Bakar 1991, Haniza 2003, Neal et al. 1970, Siti Rahayah 1988). Di dalam kajian ini, kami ingin mengkaji hubungan di antara tingkahlaku dan pencapaian.


Gagne (1985) juga menyatakan tugasan pembelajaran untuk kemahiran intelektual boleh disusun dalam bentuk hierarki mengikut kompleksiti berikut:
  • Pengenalan rangsangan
  • Penjanaan tindakbalas
  • Mengikut prosedur
  • Penggunaan terminologi
  • Diskriminasi
  • Format konsep
  • Peraturan aplikasi
  • Penyelesaian masalah
Kepentingan utama hierarki ini adalah untuk mengenalpasti syarat-syarat yang sepatutnya dilengkapkan untuk memudahkan pengajaran pada setiap tahap. Gagne (1985) juga menggariskan 9 peristiwa pengajaran iaitu:
  1. Mendapatkan perhatian
  2. Mengenalpati objektif
  3. Imbas kembali pengajaran lepas
  4. Mencetuskan rangsangan
  5. Mengawal pembelajaran
  6. Mencungkil prestasi
  7. Memberi maklum balas
  8. Menilai prestasi
  9. Mengekalkan/Memindahkan
Melalui kajian ini, 9 peristiwa ini akan diaplikasikan seperti berikut:

Objektif Pengajaran:
  1. Pelajar boleh menamakan alatan pertukangan dengan mudah dan betul.
  2. Pelajar boleh menyebut semula alat pertukangan apabila ditunjukkan.
  3. Pelajar boleh menunjukkan semula cara penggunaan alatan dengan betul.
Kaedah:
  1. Mendapatkan perhatian - Menunjukkan kepelbagaian jenis alatan pertukangan.
  2. Mengenalpati objektif - Contoh soalan: "Apakah nama alatan yang ditunjukkan?"
  3. Imbas kembali pengajaran lepas - Melihat semula gambar-gambar peralatan pertukangan.
  4. Mencetuskan rangsangan - Dapat menyatakan kegunaan alatan pertukangan.
  5. Membantu dalam pembelajaran - Skafolding : Powerpoint dan tayangan video.
  6. Mencungkil prestasi- Guru menyoal pelajar tentang perbezaan penggunaan sesuatu alatan.
  7. Memberi maklum balas - Guru menilai jawapan pelajar (Betul/Salah).
  8. Menilai prestasi - Guru menyediakan skor markah dan membetulkan kesalahan pelajar.
  9. Meningkatkan/Mengekalkan pengajaran - Sekiranya objektif tercapai pembelajaran baru akan diajar. Jika objektif pengajaran tidak tercapai pengajaran dikekalkan (Proses pengulangan).
Rujukan:

Abu Bakar Nordin. 1991. Kesan pencapaian akademik kepada sikap terhadap pelajaran.
Jurnal Psikologi Malaysia. 7: 41-60.
Haniza Abdul Khalid. 2003. Sikap dan motivasi terhadap bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Neal, D.C., Gill, V dan Tismer, W. 1970. Relationship between attitude toward school
subject and school achievement. Journal of Educational Research. 6 (52):232-238.
Nur`Ashiqin Najmuddin. 2005. Sikap pelajar matrikulasi terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris.
Siti Rahayah Arifffin. 1988. Kajian mengenai sikap terhadap sains dan pencapaian dalam
matapelajaran sains paduan bagi pelajar tingkatan tiga. Tesis M. Ed. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Kerangka Teoritikal Kajian

Kajian ini menganggap bahawa powerpoint dan video dalam P&P bagi mengenalpasti alatan pertukangan Kemahiran Hidup sebagai langkah yang praktikal untuk meningkatkan pengetahuan, kesediaan dan kemahiran yang akan secara beransur-ansur menjurus kepada pemahaman pelajar dalam penggunaan alatan, aspek keselamatan dan kebersihan pada masa akan datang. Huraian kepada kerangka teoritikal dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat permulaan, peringkat pertengahan dan peringkat akhir.


Peringkat permulaan adalah prasyarat bagi kajian ini yang merujuk kepada asas mengenal alatan pertukangan dalam Kemahiran Hidup iaitu melalui persembahan slaid dan tayangan video. Setelah kedua-dua kaedah itu digunakan, guru meminta pelajar menamakan semula alatan pertukangan dengan mudah dan betul. Pada peringkat ini, penerapan Teori Konstruktivisme (J. Bruner, 1996) digunakan untuk membina dan membentuk skema dalam pemikiran pelajar melalui pengalaman dan pemerhatian. Setelah skema terbentuk, diharapkan pelajar boleh menyebut semula alatan pertukangan dan menunjuk semula cara penggunaan dengan betul.


Peringkat pertengahan menjelaskan prosedur yang digunakan dalam kajian ini. Prosedur merujuk kepada pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam perlaksanaan kajian. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam kajian ini diaplikasikan daripada 9 peristiwa pengajaran yang telah dilaksanakan oleh R. Gagne (1985) iaitu mendapatkan perhatian, mengenalpasti objektif, imbas kembali pengajaran lepas, mencetuskan rangsangan, membantu dalam pembelajaran, mencungkil prestasi, memberi maklum balas, menilai prestasi dan meningkatkan atau mengekalkan pengajaran. Aktiviti-aktiviti yang disyorkan ialah perbincangan, kerja berkumpulan, sumbangsaran, demonstrasi, projek, simulasi, lawatan dan pemerhatian.

Peringkat akhir merujuk kepada peringkat melaksanakan penggunaan powerpoint dan tayangan video dapat membantu pelajar mengenalpasti alatan pertukangan. Selain itu, penggunaan alat bantu mengajar ini dapat menarik minat pelajar untuk menumpukan perhatian terhadap P&P, seterusnya dapat meningkatkan pemahaman pelajar. Pada peringkat inilah tahap penguasaan pengetahuan pelajar terhadap pengenalpastian alatan pertukangan akan dikenalpasti melalui penilaian prestasi oleh guru.









Thursday, December 3, 2009

Aktiviti 10 : Tugasan 1 - Buku

Tajuk Buku :

Studying your own school : An Educator's Guide to Practitioner Action Research (Noffke, S. E., 2007)

Maksud Kajian Tindakan:

Secara umumnya, kajian tindakan merupakan kajian yang interaktif, baru, proses perancangan dan pelaksanaan seiring yang berterusan serta pengkaji memerlukan perancangan sebelum mereka memulakan kajian. Kajian tindakan juga merupakan kajian yang sistematik dan dilakukan pada sesuatu kawasan tertentu.

Kajian tindakan juga diterangkan sebagai beberapa langkah yang berkitar. Langkah-langkah tersebut ialah merancang, melakukan, memerhati dan mereflek. Langkah-langkah ini dilakukan secara berterusan. Kitaran dilakukan sehingga pengkaji berpuas hati dengan apa yang mereka dapati/sesuatu masalah kajian diselesaikan.

Sebagai rumusannya, kajian tindakan merupakan satu siri kitaran yang berterusan di mana melibatkan tindakan merancang, bertindak, memerhatikan kesan dan refleksi terhadap satu permasalahan dan ianya dilakukan oleh pengkaji dengan menggunakan suatu kawasan/tempat yang spesifik (kelas, institusi, sekolah) untuk mengkaji tentang sesuatu permasalahan yang berlaku dalam kawasan/tempat yang dikaji.

Mengapa guru melakukan Kajian Tindakan:

Guru melakukan kajian tindakan kerana guru mahu menjumpai hasil kajian mereka sendiri dan ini lebih berguna daripada hasil kerja orang luar dan seterusnya akan menjadi persoalan semasa latihan kurikular. Guru akan melakukan kajian tindakan apabila mendapati prestasi akademik pelajar menurun. Guru melakukan kajian tindakan di dalam kelas dan sekolah.

Bagaimana guru melakukan Kajian Tindakan:

Guru melakukan kajian tindakan menerusi beberapa langkah iaitu guru mengenalpasti masalah yang berlaku di sekolah dan di dalam kelas, mencari cara untuk mengatasi masalah yang berlaku, menetapkan matlamat dalam kajian yang dilakukan dan menjalankan kajian menggunakan pelbagai model rekabentuk kajian tindakan. Langkah-langkah seperti merancang, bertindak, memerhati dan mereflek dilakukan oleh guru untuk menjalankan kajian tindakan.

  • Merancang : Langkah ini adalah untuk mengembangkan perancangan kajian untuk meningkatkan kawasan yang dititikberatkan. Ini melibatkan penganalisaan isu/masalah, apa yang telah diketahui dan apa lagi yang perlu diketahui.
  • Bertindak : Berdasarkan pemahaman terhadap isu yang muncul, pengkaji dan rakan-rakan merancang dan bertindak terhadap isu yang muncul dalam kawasan kajian.
  • Pemerhatian : Kemmis dan McTaggart (1988) menyatakan pengkaji perlu memantau perubahan proses yang berlaku.
  • Mereflek : Pengkaji mereflek data yang diperolehi daripada perlaksanaan rancangan.

Kaedah Pemerolehan Data:

Dalam buku ini terdapat beberapa kaedah untuk mendapatkan data iaitu temubual dan survey, pemerhatian, arkib dan dokumen, jurnal dan diari dan juga melalui penggabungan beberapa kaedah. Kaedah temubual terdiri daripada beberapa jenis iaitu etnografik, penceritaan, soal selidik dan inventori. Kaedah pemerhatian juga terdiri daripada beberapa jenis iaitu pemerhatian peserta, pemetaan, inventori bahan budaya serta rakaman video dan fotografi.

Antara model kajian tindakan yang diterangkan dalam buku ini ialah model yang diusulkan oleh de Schutter & Yopo (1981). Mereka menyatakan visi peristiwa sosial adalah kontekstual disebabkan oleh daya sosial pada tahap makro. Proses sosial dan struktur difahami melalui konteks sejarah. Pengintegrasian teori dan latihan dilakukan. Hubungan antara subjek dan objek ditukarkan kepada hubungan subjek dan subjek menerusi dialog. Menurut mereka kajian dan tindakan menjadi satu proses. Masyarakat dan penyelidik bersama-sama menghasilkan pengetahuan kritikal yang difokuskan pada transformasi sosial. Seterusnya, hasil kajian boleh diaplikasikan kepada situasi sebenar.