Definisi Kerangka Operasional Kajian
- Menjelaskan perkataan tertentu dalam kajian yang meragukan pemahaman bukannya mendefinisikan tajuk kajian.
- Cara untuk mendefinisikan ialah dengan memilih perkataan dan berikan definisi mengikut fahaman penyelidik bukannya berdasarkan kamus.
- Dalam kerangka konseptual, hal utama yang perlu dititikberatkan adalah hubungan suatu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain, terutamanya pembolehubah yang penting.
- Kerangka konseptual dilakukan dengan mengemukakan bagaimana hubungan pembolehubah tidak bersandar dan pembolehubah bersandar. Hubungan ini mestilah mempunyai sokongan secara ilmiah seperti dari sumber-sumber rujukan ilmiah.
- Cara yang paling mudah ialah dengan mengambil kesimpulan daripada kajian orang lain yang relevan dengan pembolehubah yang dikaji.
- Kerangka teoritikal menentukan persoalan kajian yang hendak dilakukan. Ia menjadi panduan bagi menentukan orientasi penyelidikan yang akan dilakukan. Ia juga mengenal pasti apa yang menjadi minat pengkaji, soalan-soalan yang berlegar-legar di mindanya dan yang menjadi teka-teki.
- Satu kaedah untuk menentukan kerangka pemikiran ialah melalui tinjauan literasi dengan pembacaan yang berkait rapat dengan tajuk yang sedang dikaji. Tajuk jurnal, kata kunci dan maklumat-maklumat lain yang didapati sepanjang pencarian berkenaan, penyelidik akan berjumpa dengan konsep, model dan teori yang berbagai-bagai jenis. Yang boleh dibuat ialah memberi pengkelasan terhadap hasil dapatan tersebut untuk menjadi kunci utama kepada kerangka teoritikal nanti.
- Kerangka teoritikal membentuk konsep, terma, definisi, model dan teori yang menjadi asas dan orientasi disiplin bagi kajian yang hendak dilaksanakan. Seterusnya akan membentuk "masalah" bagi kajian, soalan kajian, pengumpulan data dan analisis serta bagaimana hendak mentafsir data.
- Penyelidik harus bijak memilih kerangka teoritikal kerana ia akan menjadi panduan dalam proses penyelidikan bagi mengenal pasti terma yang relevan dengan konsep, definisi pemboleh ubah, soalan-soalan khusus yang hendak diselidik, memilih responden kajian, prosedur pemilihan, strategi pengumpulan data, teknik menganalisis dan interpretasi hasil dapatan kajian.
- Perkara yang harus diberi perhatian ialah semua aspek kajian akan mendapat kesan daripada kerangka teoritikal yang telah dibentuk tadi. Ciri-ciri kerangka teoritikal yang baik meliputi:
ii. Panduan mencari kajian-kajian lepas.
iii. Memilih aspek yang difokus.
iv. Merapatkan jurang antara meklumat yang diketahui dan tidak diketahui.
v. Memberi panduan kepada pengkaji memilih responden yang sesuai.
Definisi Operasional
Definisi operasional yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti berikut:
i. Powerpoint
Dalam kajian ini, powerpoint merujuk kepada alat bantu mengajar yang digunakan semasa proses P&P bagi menarik minat pelajar untuk mempelajari tentang alatan pertukangan. Teknologi yang digunakan ini memaparkan gambar-gambar statik dan arahan kepada pelajar tentang penggunaan alatan pertukangan.
ii. Tayangan video
Penggunaan tayangan video dalam kajian ini merupakan teknologi yang digunakan dalam P&P untuk memberikan gambaran yang sebenar kepada pelajar mengenai penggunaan alatan pertukangan. Melalui tayangan video ini guru tidak perlu melakukan demonstrasi secara realiti. Tayangan video ini boleh diulang tayang kepada pelajar sekiranya pelajar tidak faham apa yang ditayangkan oleh guru.
iii. Pelajar masalah pembelajaran
Pelajar bermasalah pembelajaran dalam kajian ini merupakan golongan pelajar yang mengalami kekurangupayaan yang menyebabkan mereka menghadapi kesukaran dalam proses pembelajaran mereka sama ada berbetuk akademik mahupun bukan akademik. Pelajar ini terdiri daripada pelajar down sindrom, autisma, hiperaktif, serebral palsy, disleksia dan lain-lain. Mereka menghadapi masalah dalam kemahiran pengurusan diri, manipulatif, kognitif, kelemahan dari aspek sosial dan komunikasi.
iv. Alatan pertukangan
Alatan pertukangan yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah alat-alat yang digunakan untuk kerja-kerja pertukangan. Antara alat-alat yang dimaksudkan ialah tukul, gergaji, paku, pahat, pita pengukur dan sebagainya. Pembelajaran alatan pertukangan ini merupakan salah satu pelajaran yang terdapat dalam mata pelajaran kemahiran hidup.
Kerangka Konseptual Kajian
Kerangka konseptual kajian ini dibentuk berdasarkan Teori Keadaan Pembelajaran oleh R. Gagne (1985). Teori ini menyatakan terdapat pelbagai jenis pembezaan atau tahap pembelajaran di mana pada setiap tahap mempunyai arahan yang berbeza. Gagne mengenalpasti 5 kategori pembelajaran iaitu maklumat verbal, kemahiran intelektual, strategi kognitif, kemahiran motor dan sikap. Perbezaan keadaan dalaman dan luaran diperlukan untuk setiap jenis pembelajaran. Kerangka konseptual kajian ini terdiri daripada 3 pembolehubah iaitu tingkahlaku, tahap kognitif dan pencapaian. Kajian-kajian lepas telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan di antara tingkahlaku dan pencapaian (Abu Bakar 1991, Haniza 2003, Neal et al. 1970, Siti Rahayah 1988). Di dalam kajian ini, kami ingin mengkaji hubungan di antara tingkahlaku dan pencapaian.
Gagne (1985) juga menyatakan tugasan pembelajaran untuk kemahiran intelektual boleh disusun dalam bentuk hierarki mengikut kompleksiti berikut:
- Pengenalan rangsangan
- Penjanaan tindakbalas
- Mengikut prosedur
- Penggunaan terminologi
- Diskriminasi
- Format konsep
- Peraturan aplikasi
- Penyelesaian masalah
- Mendapatkan perhatian
- Mengenalpati objektif
- Imbas kembali pengajaran lepas
- Mencetuskan rangsangan
- Mengawal pembelajaran
- Mencungkil prestasi
- Memberi maklum balas
- Menilai prestasi
- Mengekalkan/Memindahkan
Objektif Pengajaran:
- Pelajar boleh menamakan alatan pertukangan dengan mudah dan betul.
- Pelajar boleh menyebut semula alat pertukangan apabila ditunjukkan.
- Pelajar boleh menunjukkan semula cara penggunaan alatan dengan betul.
- Mendapatkan perhatian - Menunjukkan kepelbagaian jenis alatan pertukangan.
- Mengenalpati objektif - Contoh soalan: "Apakah nama alatan yang ditunjukkan?"
- Imbas kembali pengajaran lepas - Melihat semula gambar-gambar peralatan pertukangan.
- Mencetuskan rangsangan - Dapat menyatakan kegunaan alatan pertukangan.
- Membantu dalam pembelajaran - Skafolding : Powerpoint dan tayangan video.
- Mencungkil prestasi- Guru menyoal pelajar tentang perbezaan penggunaan sesuatu alatan.
- Memberi maklum balas - Guru menilai jawapan pelajar (Betul/Salah).
- Menilai prestasi - Guru menyediakan skor markah dan membetulkan kesalahan pelajar.
- Meningkatkan/Mengekalkan pengajaran - Sekiranya objektif tercapai pembelajaran baru akan diajar. Jika objektif pengajaran tidak tercapai pengajaran dikekalkan (Proses pengulangan).
Abu Bakar Nordin. 1991. Kesan pencapaian akademik kepada sikap terhadap pelajaran.
Jurnal Psikologi Malaysia. 7: 41-60.
Haniza Abdul Khalid. 2003. Sikap dan motivasi terhadap bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Neal, D.C., Gill, V dan Tismer, W. 1970. Relationship between attitude toward school
subject and school achievement. Journal of Educational Research. 6 (52):232-238.
Nur`Ashiqin Najmuddin. 2005. Sikap pelajar matrikulasi terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam Bahasa Inggeris.
Siti Rahayah Arifffin. 1988. Kajian mengenai sikap terhadap sains dan pencapaian dalam
matapelajaran sains paduan bagi pelajar tingkatan tiga. Tesis M. Ed. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Kerangka Teoritikal Kajian
Kajian ini menganggap bahawa powerpoint dan video dalam P&P bagi mengenalpasti alatan pertukangan Kemahiran Hidup sebagai langkah yang praktikal untuk meningkatkan pengetahuan, kesediaan dan kemahiran yang akan secara beransur-ansur menjurus kepada pemahaman pelajar dalam penggunaan alatan, aspek keselamatan dan kebersihan pada masa akan datang. Huraian kepada kerangka teoritikal dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat permulaan, peringkat pertengahan dan peringkat akhir.
Peringkat permulaan adalah prasyarat bagi kajian ini yang merujuk kepada asas mengenal alatan pertukangan dalam Kemahiran Hidup iaitu melalui persembahan slaid dan tayangan video. Setelah kedua-dua kaedah itu digunakan, guru meminta pelajar menamakan semula alatan pertukangan dengan mudah dan betul. Pada peringkat ini, penerapan Teori Konstruktivisme (J. Bruner, 1996) digunakan untuk membina dan membentuk skema dalam pemikiran pelajar melalui pengalaman dan pemerhatian. Setelah skema terbentuk, diharapkan pelajar boleh menyebut semula alatan pertukangan dan menunjuk semula cara penggunaan dengan betul.
Peringkat pertengahan menjelaskan prosedur yang digunakan dalam kajian ini. Prosedur merujuk kepada pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam perlaksanaan kajian. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam kajian ini diaplikasikan daripada 9 peristiwa pengajaran yang telah dilaksanakan oleh R. Gagne (1985) iaitu mendapatkan perhatian, mengenalpasti objektif, imbas kembali pengajaran lepas, mencetuskan rangsangan, membantu dalam pembelajaran, mencungkil prestasi, memberi maklum balas, menilai prestasi dan meningkatkan atau mengekalkan pengajaran. Aktiviti-aktiviti yang disyorkan ialah perbincangan, kerja berkumpulan, sumbangsaran, demonstrasi, projek, simulasi, lawatan dan pemerhatian.
Peringkat akhir merujuk kepada peringkat melaksanakan penggunaan powerpoint dan tayangan video dapat membantu pelajar mengenalpasti alatan pertukangan. Selain itu, penggunaan alat bantu mengajar ini dapat menarik minat pelajar untuk menumpukan perhatian terhadap P&P, seterusnya dapat meningkatkan pemahaman pelajar. Pada peringkat inilah tahap penguasaan pengetahuan pelajar terhadap pengenalpastian alatan pertukangan akan dikenalpasti melalui penilaian prestasi oleh guru.
0 comments:
Post a Comment