BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 3, 2009

Aktiviti 10 : Tugasan 1 - Buku

Tajuk Buku :

Studying your own school : An Educator's Guide to Practitioner Action Research (Noffke, S. E., 2007)

Maksud Kajian Tindakan:

Secara umumnya, kajian tindakan merupakan kajian yang interaktif, baru, proses perancangan dan pelaksanaan seiring yang berterusan serta pengkaji memerlukan perancangan sebelum mereka memulakan kajian. Kajian tindakan juga merupakan kajian yang sistematik dan dilakukan pada sesuatu kawasan tertentu.

Kajian tindakan juga diterangkan sebagai beberapa langkah yang berkitar. Langkah-langkah tersebut ialah merancang, melakukan, memerhati dan mereflek. Langkah-langkah ini dilakukan secara berterusan. Kitaran dilakukan sehingga pengkaji berpuas hati dengan apa yang mereka dapati/sesuatu masalah kajian diselesaikan.

Sebagai rumusannya, kajian tindakan merupakan satu siri kitaran yang berterusan di mana melibatkan tindakan merancang, bertindak, memerhatikan kesan dan refleksi terhadap satu permasalahan dan ianya dilakukan oleh pengkaji dengan menggunakan suatu kawasan/tempat yang spesifik (kelas, institusi, sekolah) untuk mengkaji tentang sesuatu permasalahan yang berlaku dalam kawasan/tempat yang dikaji.

Mengapa guru melakukan Kajian Tindakan:

Guru melakukan kajian tindakan kerana guru mahu menjumpai hasil kajian mereka sendiri dan ini lebih berguna daripada hasil kerja orang luar dan seterusnya akan menjadi persoalan semasa latihan kurikular. Guru akan melakukan kajian tindakan apabila mendapati prestasi akademik pelajar menurun. Guru melakukan kajian tindakan di dalam kelas dan sekolah.

Bagaimana guru melakukan Kajian Tindakan:

Guru melakukan kajian tindakan menerusi beberapa langkah iaitu guru mengenalpasti masalah yang berlaku di sekolah dan di dalam kelas, mencari cara untuk mengatasi masalah yang berlaku, menetapkan matlamat dalam kajian yang dilakukan dan menjalankan kajian menggunakan pelbagai model rekabentuk kajian tindakan. Langkah-langkah seperti merancang, bertindak, memerhati dan mereflek dilakukan oleh guru untuk menjalankan kajian tindakan.

  • Merancang : Langkah ini adalah untuk mengembangkan perancangan kajian untuk meningkatkan kawasan yang dititikberatkan. Ini melibatkan penganalisaan isu/masalah, apa yang telah diketahui dan apa lagi yang perlu diketahui.
  • Bertindak : Berdasarkan pemahaman terhadap isu yang muncul, pengkaji dan rakan-rakan merancang dan bertindak terhadap isu yang muncul dalam kawasan kajian.
  • Pemerhatian : Kemmis dan McTaggart (1988) menyatakan pengkaji perlu memantau perubahan proses yang berlaku.
  • Mereflek : Pengkaji mereflek data yang diperolehi daripada perlaksanaan rancangan.

Kaedah Pemerolehan Data:

Dalam buku ini terdapat beberapa kaedah untuk mendapatkan data iaitu temubual dan survey, pemerhatian, arkib dan dokumen, jurnal dan diari dan juga melalui penggabungan beberapa kaedah. Kaedah temubual terdiri daripada beberapa jenis iaitu etnografik, penceritaan, soal selidik dan inventori. Kaedah pemerhatian juga terdiri daripada beberapa jenis iaitu pemerhatian peserta, pemetaan, inventori bahan budaya serta rakaman video dan fotografi.

Antara model kajian tindakan yang diterangkan dalam buku ini ialah model yang diusulkan oleh de Schutter & Yopo (1981). Mereka menyatakan visi peristiwa sosial adalah kontekstual disebabkan oleh daya sosial pada tahap makro. Proses sosial dan struktur difahami melalui konteks sejarah. Pengintegrasian teori dan latihan dilakukan. Hubungan antara subjek dan objek ditukarkan kepada hubungan subjek dan subjek menerusi dialog. Menurut mereka kajian dan tindakan menjadi satu proses. Masyarakat dan penyelidik bersama-sama menghasilkan pengetahuan kritikal yang difokuskan pada transformasi sosial. Seterusnya, hasil kajian boleh diaplikasikan kepada situasi sebenar.