BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 30, 2009

Tugasan 3 : Ulasan Kolokium DPLI Januari 2009

ULASAN 1
Pembentang:
Siti Imzahwana bt Abu Naim & Nurul Hafizah Che Mat

Tajuk:
Meningkatkan Penguasaan Pelajar Tingkatan 4 terhadap Kemahiran Tulisan Jawi Melalui Slot "5 Minit Bersama Tulisan Jawi" semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Pernyataan Masalah :
Adakah penguasaan kemahiran tulisan jawi di kalangan pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sunway dapat ditingkatkan?

Objektif Kajian:
i. Meningkatkan penguasaan pelajar tingkatan 4 terhadap kemahiran tulisan jawi semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
ii.Meningkatkan penguasaan pelajar terhadap ejaan tulisan jawi terkini.
iii. Mengubah persepsi negatif pelajar terhadap tulisan jawi.
iv.Mengetahui faktor-faktor sebahagian pelajar tingkatan 4 di sekolah terbabit tidak tahu menulis dan membaca tulisan jawi.

Metodologi Kajian:
i. Pemerhatian dilakukan dan maklum balas pelajar diperolehi.
ii. Perancangan dilakukan berdasarkan maklum balas yang diperolehi.
iii. Tindakan diambil akibat dari perancangan yang direncanakan iaitu menyediakan slot 5 minit bersama tulisan jawi sebelum P&P dimulakan serta esei pendek.

Setting Kajian:

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sunway

Sampel Kajian:
Pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sunway

Pengumpulan dan Penganalisaan Data:
i. Teknik pengumpulan data yang digunakan ialah
pemerhatian, latihan pengukuhan, temubual berkumpulan dan ujian.
ii. Daripada kajian yang dijalankan didapati kumpulan yang disasarkan kurang berminat apabila guru atau pengkaji menggunakan tulisan jawi sepenuhnya semasa proses pengajaran dijalankan dan pelajar-pelajar memberikan alasan "tidak tahu membaca jawi".
iii. Dapatan kajian juga mendapati untuk membantu pelajar-pelajar yang tidak tahu jawi mempelajarinya dengan bantuan rakan-rakan dan guru pendidikan Islam. Selain itu, belum pernah ada guru pendidikan Islam yang menyediakan slot seperti ini.

Implikasi Kajian:
i. Dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari penulisan dan pembacaan jawi.
ii. Dapat meningkatkan penguasaan pelajar dalam penulisan dan pembacaan jawi.

Apa yang dapat dipelajari dari kajian ini ialah:
i. Dapat mengetahui bagaimana sesuatu kajian tindakan dijalankan.
ii. Dapat mempelajari teknik pengumpulan data kajian.

Kajian ini merupakan satu kajian tindakan di mana ianya melibatkan langkah-langkah seperti merancang, bertindak, memerhati dan mereflek.

ULASAN 2
Pembentang:
Yusnaini bt abd Hamid & Siti Nadia bt Khalid

Tajuk:
Meningkatkan penglibatan dan kefahaman pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan khususnya bagi tajuk Pertolongan Cemas Tingkatan 1 dan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama 1, Selangor.

Pernyataan Masalah:
1. Apakah kaedah pengajaran yang paling efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan khususnya tajuk Pertolongan Cemas?
2. Sejauhmanakah kaedah pengajaran berasaskan simulasi dapat meningkatkan tahap pengajaran guru bagi tajuk Pertolongan Cemas?

Metodologi Kajian:
i. Model Kemmis dan McTaggart (1998) digunakan sebagai panduan.
ii. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah pemerhatian, temubual, ujian penilaian dan catatan buku rekod guru.

Setting Kajian:
Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama 1, Puchong, Selangor.

Sampel Kajian:
Pelajar Tingkatan 1 dan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama 1

Pengumpulan dan Penganalisaan Data:
i. Pengumpulan data dilakukan secara pemerhatian, soal selidik dan catatan guru.
ii. Dapatan kajian menunjukkan pelajar gembira, melibatkan diri secara aktif, lebih memahami isi pengajaran dan lebih menumpukan perhatian.
iii. Kaedah simulasi yang diguna oleh guru semasa mengajar menjadikan guru lebih yakin semasa menyampaikan isi pengajaran.

Implikasi Kajian:
i. Kaedah simulasi merupakan kaedah yang terbaik dan paling efektif untuk diterapkan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan khususnya tajuk Pertolongan Cemas.

Apa yang dapat dipelajari dari kajian ini ialah:
i. Kaedah simulasi semasa proses P&P berkesan untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar.
ii. Sebelum menjalankan kaedah simulasi penelitian dan persiapan yang rapi mesti dilakukan.

Kajian ini adalah kajian tindakan kerana ianya berpandukan model yang diperkenalkan oleh Kemmis & McTaggart (1988). Langkah-langkah seperti merancang, bertindak, pemerhatian dan mereflek terlibat dalam kajian ini.