Tajuk Kajian : "Penggunaan Powerpoint dan Tayangan Video kepada Pelajar Masalah Pembelajaran bagi Memudahkan Pelajar Mengenalpasti Alatan Pertukangan"
Kekuatan pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan:
a) Pengalaman / refleksi secara individu (5 minit)
- Muhamad - Dapat memberi pengetahuan dan pengalaman yang berkesan kepada pelajar.
- Zulfaizal - Pelbagai pendedahan yang menarik dapat ditunjukkan oleh guru kepada pelajar.
- Shuhada - Subjek ini memerlukan demonstrasi daripada guru dan ini akan dapat menarik minat pelajar supaya menumpukan perhatian terhadap P&P. Oleh itu, pelajar tidak mudah bosan dengan P&P yang dijalankan.
b) Pengalaman / refleksi dalam pasukan (15 minit )
- Subjek yang mudah untuk diberi penerangan dan maklumat kepada pelajar.
- Subjek yang dapat mencungkil bakat dan kreativiti pelajar untuk mencipta/menghasilkan sesuatu barangan yang baru.
- Subjek yang memerlukan pelajar mempunyai rasa tanggungjawab terhadap kerja yang mereka lakukan.
c) Pengalaman dari luar pasukan ( perlu temubual rakan-rakan dalam pasukan lain)
- Guru dapat menerangkan sesuatu aktiviti dengan melakukan demonstrasi.
- Mudah menarik minat pelajar.
- Aktiviti yang dilakukan melalui subjek ini memberikan peluang kepada pelajar untuk melakukannya sendiri tanpa bantuan guru atau memerlukan bantuan guru.
d) Berdasar literatur review – buku dan jurnal (bincang dalam pasukan)
- Penggunaan powerpoint di dalam pengajaran mempunyai potensi untuk menggalakkan pengajaran yang lebih profesional (Jones, A. M. 2003. The use and abuse of PowerPoint in Teaching and Learning in the Life Sciences: A Personal Overview).
- Penggunaan powerpoint yang bersesuaian boleh meningkatkan P&P kepada guru dan pelajar (Jones, A. M. 2003. The use and abuse of PowerPoint in Teaching and Learning in the Life Sciences: A Personal Overview).
- Penggunaan tayangan video memberikan peluang untuk pembelajaran yang aktif, di mana ia merupakan kunci kepada kejayaan sesuatu kerja serta pelajar menjadi lebih kreatif, kolaboratif dan dapat menghubungkaitkan konsep subjek yang dipelajari dengan pengetahuan lepas, pengalaman dan minat (Glegg, P., McDonald, A. & Unwin, A., 2007. Using digital video in business education).
0 comments:
Post a Comment