BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 20, 2009

Aktiviti 9 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

Tajuk Kajian : "Penggunaan Powerpoint dan Tayangan Video kepada Pelajar Masalah Pembelajaran bagi Memudahkan Pelajar Mengenalpasti Alatan Pertukangan"

a) Matlamat kajian tindakan

Memberi pengetahuan asas kepada pelajar pendidikan khas dalam bidang pertukangan (Kemahiran Hidup).

b) Bentuk objektif kajian

  1. Pelajar boleh menamakan alatan pertukangan dengan mudah dan betul.
  2. Pelajar boleh menyebut semula alat pertukangan apabila ditunjukkan.
  3. Pelajar boleh menunjukkan semula cara penggunaan alatan dengan betul.

c) Persoalan Kajian

  1. Adakah perlaksanaan penggunaan powerpoint dan tayangan video dapat membantu pelajar mengenalpasti alatan pertukangan?
  2. Adakah penggunaan powerpoint dan tayangan video dapat menarik minat pelajar untuk menumpukan perhatian terhadap P&P?
  3. Adakah penggunaan powerpoint dan tayangan video dapat meningkatkan pemahaman pelajar?

Aktiviti 8 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

Tajuk Kajian : "Penggunaan Powerpoint dan Tayangan Video kepada Pelajar Masalah Pembelajaran bagi Memudahkan Pelajar Mengenalpasti Alatan Pertukangan"

Cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan:

a) Cadangan secara individu (5 minit)

  • Muhamad - Meningkatkan teknik dalam kaedah P&P sehingga ke suatu tahap yang berkualiti dan profesional.
  • Zulfaizal - Memastikan penggunaan teknik dan kaedah yang digunakan bukan hanya di sekolah bandar malah mestilah ditekankan di sekolah luar bandar (pedalaman).
  • Shuhada - Penerangan oleh guru mestilah seiring dengan demonstrasi yang dilakukan.
b) Cadangan dalam pasukan (15 minit )
  1. Mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran yang digunakan, di mana guru sentiasa membuat pembaharuan dalam P&P.
  2. Menerapkan nilai-nilai murni dalam subjek tersebut di samping menyelitkan unsur-unsur pengajaran dan humor.
  3. Penerangan dalam P&P mestilah ringkas dan mencapai objektif.

c) Cadangan dari luar pasukan ( perlu temubual rakan-rakan dalam pasukan lain)
  1. Penggunaan bahan maujud lebih diutamakan untuk memudahkan pelajar mengenalpasti perlatan yang dipelajari. Ini kerana pelajar akan lebih memahami apabila melihat sendiri peralatan tersebut.

d) Berdasar literatur review
  1. Powerpoint dan video mestilah dirancang secara berstruktur dan mengikut peraturan persembahan. Kunci kejayaan bagi sesuatu pengajaran berdasarkan struktur yang jelas dan secara umumnya tidak melebihi 5 isi pengajaran (Jones, A. M. 2003. The use and abuse of PowerPoint in Teaching and Learning in the Life Sciences: A Personal Overview).
  2. Tahu matlamat P&P mengikut tahap yang diajar serta kandungan yang hendak dimuatkan mestilah bersesuaian mengikut tahap tersebut (Jones, A. M. 2003. The use and abuse of PowerPoint in Teaching and Learning in the Life Sciences: A Personal Overview).

Aktiviti 7 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

Tajuk Kajian : "Penggunaan Powerpoint dan Tayangan Video kepada Pelajar Masalah Pembelajaran bagi Memudahkan Pelajar Mengenalpasti Alatan Pertukangan"

KELEMAHAN pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan:

a) Pengalaman / refleksi secara individu (5 minit)

  • Muhamad - Pelajar mudah hilang fokus (yang tidak berminat) apabila guru memberi penerangan tanpa menunjukkan demonstrasi kepada mereka.
  • Zulfaizal - Guru sendiri tidak mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran.
  • Shuhada - Memerlukan kekreatifan guru yang tinggi dan pelbagai untuk menarik minat pelajar.
b) Pengalaman / refleksi dalam pasukan (15 minit )
  1. Tidak semua pelajar dapat menumpukan perhatian 100% pada P&P yang dijalankan.
  2. Guru akan mencari jalan mudah untuk mendapatkan hasilan pengajaran subjek ini.
  3. Pelajar akan cepat bosan jika kaedah pengajarannya sama.

c) Berdasar literature review penggunaan Powerpoint dan tayangan video mempunyai beberapa kelemahan (Jones, A. M. 2003. The use and abuse of Powerpoint in Teaching and Learning in the Life Sciences : A Personal Overview) seperti :
  1. Kegagalan peralatan : Kegagalan komponen dalam sistem untuk berfungsi seperti yang dijangkakan. Kegagalan mentol dalam projektor berfungsi amat jarang berlaku tetapi mungkin akan terjadi.
  2. Fail tidak dapat dipersembahkan disebabkan oleh kerosakkan magnetik atau fizikal.
  3. Kurangnya latihan yang bersesuaian dalam program dan teknologi.

Aktiviti 6 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

Tajuk Kajian : "Penggunaan Powerpoint dan Tayangan Video kepada Pelajar Masalah Pembelajaran bagi Memudahkan Pelajar Mengenalpasti Alatan Pertukangan"


Kekuatan pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan:

a) Pengalaman / refleksi secara individu (5 minit)
  • Muhamad - Dapat memberi pengetahuan dan pengalaman yang berkesan kepada pelajar.
  • Zulfaizal - Pelbagai pendedahan yang menarik dapat ditunjukkan oleh guru kepada pelajar.
  • Shuhada - Subjek ini memerlukan demonstrasi daripada guru dan ini akan dapat menarik minat pelajar supaya menumpukan perhatian terhadap P&P. Oleh itu, pelajar tidak mudah bosan dengan P&P yang dijalankan.

b) Pengalaman / refleksi dalam pasukan (15 minit )
  • Subjek yang mudah untuk diberi penerangan dan maklumat kepada pelajar.
  • Subjek yang dapat mencungkil bakat dan kreativiti pelajar untuk mencipta/menghasilkan sesuatu barangan yang baru.
  • Subjek yang memerlukan pelajar mempunyai rasa tanggungjawab terhadap kerja yang mereka lakukan.
c) Pengalaman dari luar pasukan ( perlu temubual rakan-rakan dalam pasukan lain)
  • Guru dapat menerangkan sesuatu aktiviti dengan melakukan demonstrasi.
  • Mudah menarik minat pelajar.
  • Aktiviti yang dilakukan melalui subjek ini memberikan peluang kepada pelajar untuk melakukannya sendiri tanpa bantuan guru atau memerlukan bantuan guru.

d) Berdasar literatur review – buku dan jurnal (bincang dalam pasukan)

  • Penggunaan powerpoint di dalam pengajaran mempunyai potensi untuk menggalakkan pengajaran yang lebih profesional (Jones, A. M. 2003. The use and abuse of PowerPoint in Teaching and Learning in the Life Sciences: A Personal Overview).
  • Penggunaan powerpoint yang bersesuaian boleh meningkatkan P&P kepada guru dan pelajar (Jones, A. M. 2003. The use and abuse of PowerPoint in Teaching and Learning in the Life Sciences: A Personal Overview).
  • Penggunaan tayangan video memberikan peluang untuk pembelajaran yang aktif, di mana ia merupakan kunci kepada kejayaan sesuatu kerja serta pelajar menjadi lebih kreatif, kolaboratif dan dapat menghubungkaitkan konsep subjek yang dipelajari dengan pengetahuan lepas, pengalaman dan minat (Glegg, P., McDonald, A. & Unwin, A., 2007. Using digital video in business education).



Friday, November 13, 2009

Aktiviti 5 : Tugasan 1 (Buku) & Tugasan 4 (Mini Kajian Tindakan)

1. Mengapa guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan:

  • untuk menambahkan pengetahuan dan mengembangkan pengetahuan yang sedia ada berdasarkan penyelidikan.
  • untuk mengenalpasti masalah atau isu yang timbul di samping dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud dalam sesuatu masalah.
  • untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman profesionalisme sebagai seorang pendidik.
  • untuk meningkatkan hasil produk yang bermutu dan melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang di sekolah.
  • untuk membuat sesuatu yang kreatif & kritis dalam proses P&P di dalam kelas.
  • untuk memperbaiki teknik pengajaran yang boleh menarik minat pelajar-pelajar.
2. Tajuk "Penggunaan Powerpoint dan Tayangan Video kepada Pelajar Masalah Pembelajaran bagi Memudahkan Pelajar Mengenalpasti Alatan Pertukangan" dipilih kerana:
  • untuk mempertingkatkan kefahaman pelajar dalam mengenali alatan pertukangan.
  • untuk memberi kefahaman yang meluas tentang penggunaan alatan.
  • untuk mendedahkan aspek-aspek keselamatan semasa melakukan tugasan dalam bengkel.
  • untuk menerangkan ciri-ciri kebersihan diri, alatan dan bengkel.
  • sebagai panduan (teori) sebelum melakukan tugasan secara praktikal di dalam bengkel.



Aktiviti 4 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

Cadangan mini kajian tindakan kumpulan kami ialah :

"Penggunaan Powerpoint dan Tayangan Video kepada Pelajar Masalah Pembelajaran bagi Memudahkan Pelajar Mengenalpasti Alatan Pertukangan"

Siapakah peserta kajian?
Pelajar-pelajar masalah pembelajaran

Setting kajian
Kelas Pelajar Masalah Pembelajaran

Saturday, November 7, 2009

Aktiviti 3 : Tugasan 3 - Kolokium

Kajian 1:

Meningkatkan Penguasaan Dan Minat Pelajar Dalam Jawi

Melalui Kaedah ‘Congak Jawi'.

Pengkaji :
Khuzaimah bt Mohd Daud (P48682) dan Siti Khairiyah bt Sejo (P48715)

Permasalahan kajian :
Dalam kajian ini, masalah yang dihadapi oleh pelajar ialah, mereka gagal untuk menjawikan perkataan rumi yang diberikan dalam ujian bulanan. Selain itu, mereka juga tidak boleh membaca buku teks Pendidikan Islam dengan baik apabila diminta oleh guru. Masalah yang paling ketara ialah mereka tidak menunjukkan minat terhadap perkataan jawi.

Hasil dapatan :
Daripada kajian ini, pengkaji mendapati teknik ini telah membantu dan menarik minat terhadap tulisan jawi. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan penguasaan pelajar dalam penulisan dan pembacaan perkataan jawi.

Oleh itu, kajian yang dijalankan bersesuaian dengan kajian tindakan di mana penggunaan Model Kurt Lewis yang melibatkan proses perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.


Kajian 2 :

Meningkatkan Kemahiran Mengingat Pelajar Dalam Bab Ibadah Subjek Pendidikan Islam Melalui Teknik Pantun.

Pengkaji :
Nazirah binti Alias dan Nurul Hidayah binti Md Yatin

Permasalahan kajian :
Dalam kajian ini, masalah yang dihadapi oleh pelajar ialah mereka sukar untuk mengingat fakta penting yang telah diajar di dalam sesuatu bahagian. Oleh yang demikian, pengkaji telah melakukan suatu pendekatan baru iaitu teknik pantun bagi meningkatkan kemahiran pelajar.

Hasil Dapatan :
Daripada kajian yang telah dijalankan, pengkaji mendapati, teknik ini dapat menarik minat pelajar terhadap subjek Pendidikan Islam. Di samping itu juga, ia dapat membantu pelajar untuk mengingat fakta-fakta penting yang telah diajar oleh guru.

Di dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan Kaedah Gelung Kajian yang mana melibatkan proses refleksi, perancangan, tindakan, dan pemerhatian. Di samping itu, teknik penggunaan pantun merupakan satu pembaharuan di dalam kaedah mengajar Pendidikan Islam kerana selama ini mata pelajaran tersebut diajar dalam keadaan formal dan membosankan. Tetapi terdapat sedikit kelemahan dalam kajian ini di mana pengkaji hanya mengambil pelajar yang mendapat markah tinggi dalam ujian yang diberikan untuk menjawab soal selidik yang dikemukakan oleh pengkaji.